PENGENALAN TENTANG TINTED FILEM/PENABISAN HABA

PENGENALAN TENTANG TINTED FILEM/PENABISAN HABA

KENALI TINTED FILEM DAN KETAHUI KENAPA KITA MEMERLUKANNYA?

What is window film or window tint

Apabila kita mendengar istilah tinted filem atau juga dikenali filem tingkap, perkara pertama yang kita gambarkan ialah tinted untuk tingkap kereta, tetapi adakah ia hanya untuk kereta? Jawapannya adalah tidak.

Tinted filem bukan sahaja sesuai untuk automotif, tetapi juga sesuai untuk rumah dan bangunan komersial. Dalam artikel ini, kita akan berkongsi perkara asas mengenai tinted filem. Apakah tinted filem? Adakah ia perlu dan penting? Apakah manfaatnya?

Apakah Tinted Filem/Penabisan Haba?

Tinted filem adalah lapisan poliester yang direka khas untuk menapis haba dan menyerlahkan penampilan kereta mahupun rumah dan bagunan komersial. Pada umumnya, setiap tinted filem mempunyai satu sesi pelekat dan lapisan tahan calar. Bagaimanapun tinted filem terbahagi kepada beberapa jenis rekaan dan kualiti bergantung kepada keutamaan pengguna.

Adakah Ia Diperlukan?

Jawapannya sudah pasti, Ya. Kepada sesetegah orang ianya perlu. Tetapi pada pendapat kami ianya wajib terutamanya kepada anda yang tinggal di negara yang mengalami cuaca panas dan lembab. Kesan sinar UV tidak dapat dilihat dengan mata kasar walaubagaimanapun tidak bermakna ia tidak berlaku. Dalam jangka masa panjang, kesan UV memberi kesan negatif seperti kerosakan mata, kanser kulit, dan juga merosakan dan memudarkan warna perabot dll.

Benefits Of Window Film and tinted film

Apakah Manfaat Tinted Filem?

Setiap jenis tinted filem mempunyai fungsi dan faedahnya tersendiri. Ciri-cirinya bergantung kepada apa yang dicari oleh individu. Semua rumah mempunyai tingkap dan dinding kaca. Malangnya, ia tidak mampu menghadang kemasukkan haba dan tidak memberikan perlindungan seperti rompakan, sinar UV, dan privasi. Ini adalah enam faedah utama tinted filem.

1. Factor Keselamatan

Keselamatan adalah elemen utama yang diperlukan pengguna. Kemalangan tidak dapat dielakkan dan kita berasa lebih selamat apabila kita tahu bahawa kita sentiasa dilindungi, tidak kira di mana kita berada. Tinted filem jenis kebal atau lebih dikenali filem keselamatan akan melindungi anda apabila anda berada di dalam kereta, rumah atau pejabat anda. Filem jenis ini bukan sahaja menghalang dari rompakan, tetapi juga memberikan perlindungan terhadap bencana alam, vandalisme, atau kerosakan tidak sengaja. Filem kebal tingkap keselamatan cukup kuat untuk menahan kaca pecah dari jatuh, dengan itu mencegah luka dan kecederaan kaca.

2. Perlindungan Dari Haba

Kita semua tahu bahawa panas terik matahari amat menyakitkan kulit. Kita semua mengidamkan rumah yang dingin dan selesa sepanjang hari tak kira siang atau malam. Sinaran haba dan UV yang menembusi tingkap akan menyebabkan kerosakan pada perabot dan upholsteri, selar matahari dan paling teruk boleh menyebabkan katarak mata dalam jangka masa panjang.

3. Mengurangkan Silau

Tinted filem berkesan mengurangkan silau. Apabila matahari mencecah mana-mana permukaan kaca, ia menyebabkan pembiasan yang boleh menjengkelkan, contohnya: silau di televisyen dan gangguan silau dari tingkap. Tinted filem mempunyai keupayaan untuk mengurangkan silau dan memberikan keselesaan kepada mata sekaligus boleh megelakkan bahaya ketika memandu.

4. Melindungi Perabot & Upholsteri Kereta

Pudar akibat sinaran UV yang berbahaya bukan berlaku sekelip mata. Ini adalah proses yang beransur-ansur. Kami ingin menamakannya: Mati Secara Beransur. Sinaran UV matahari yang berterusan akan memudaratkan perabot dalam rumah atau upholsteri kereta anda. Pudar akan berlaku apabila sinaran UV dan bahang cahaya secara langsung membakar kulit sofa dan lantai kayu. Secara beransur ia mula melunturkan kimia pewarna dan merosakkan perabot dan lantai kayu rumah anda.

5. Menyerlahkan Estetika dan Melindungi Privasi

Selain daripada manfaat teknikal, jika anda mengimpikan sesuatu yang boleh menyerlahkan penampilan rumah anda, tinted filem adalah pilihan terbaik. Ia datang dalam pelbagai jenis tekstur, warna dan corak. Pelanggan boleh memilih ciri-ciri tertentu mengikut cita rasa masing-masing atau mengikut kesesuaian reka bentuk rumah anda. Bagi yang mementingkan privasi, kami menyarankan frosted filem. Ia memberikan privasi tanpa menutup sumber cahaya dan tidak memerlukan tirai tambahan. Selain menjimatkan kos ia mudah dijaga.

6. Mengurangkan Kos Elektrik

Apabila haba memasuki rumah anda, di dalam rumah akan menjadi panas. Keadaan ini secara langsung meningkatkan kos utiliti rumah anda. Sekiranya anda memasang tinted filem, ia boleh menolak haba melalui tingkap dan megekalkan kedinginan dalam rumah anda. Oleh itu, tinted filem boleh membantu menjimatkan kos elektrik sehingga 50%. Tinted filem juga boleh mencantikkan kereta, rumah, persekitaran pejabat dengan mengekalkan udara sejuk.

Ajukan Soalan Anda Sekarang!

Selain enam manfaat ini, terdapat banyak lagi manfaat tinted filem. Di negara-negara yang panas dan lembap, tinted filem adalah wajib. Dengan penipisan lapisan ozon, pemanasan global semakin menjadi-jadi. Kesan sinaran UV seperti UVA, UVB dan UVC memberikan kesan negatif bukan sekadar kepada persekitaran kita, tetapi juga kepada kesihatan kita. Pencegahan sentiasa lebih baik daripada merawat. Lindungi diri anda. Keluarga dan rumah anda dengan memasang tinted filem. Anda pasti akan melihat perbezaannya.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *